Thursday 19 May 2011

Aktiviti Luar: Saya Kreatif

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi satu aktiviti yang sangat ringkas dan mudah buat anak-anak sekeluarga.Kadang kala ada masa kita akan kepenatan dan tiada tenaga, idea untuk bermain apa bersama anak-anak.Perkara ini sering terjadi jika anak-anak masih kecil, yang masih memerlukan ibu bapa untuk menyediakan bahan permainan buat mereka. Semakin anak membesar, sewajarnya anak-anak dilatih untuk lebih kreatif mencari bahan permainan mereka sendiri.

Maka buat anak-anak kecil ini,dengan adanya aktiviti-aktiviti ringkas seperti ini, amat mudah bagi kita untuk menghiburkan mereka di samping insyaALLAH mereka mendapat manfaat daripadanya.

Bahan:
1. Kapur pelbagai warna
2. Simen halaman rumah [kawasan yang KENA hujan , kerana HUJAN yang akan mencuci hasil KREATIF anak-anak.. =)]


Aktiviti:
1. Berikan kapur kepada anak-anak [Lebih baik jika menggunakan kapur bersize besar: JUMBO SIZE]
2. Biarkan mereka lukis apa sahaja yang mereka mahu.
3. Jika mahu, ibu bapa boleh selitkan tentang warna, Bentuk (Shape),dan bermacam-macam lagi sepanjang proses melukis.
4. Ibu bapa boleh biarkan sahaja hasil kreatif anak-anak, kerana hujan akan membasuh sehingga bersih. Namun, boleh juga dicuci semula dengan jirusan air. =)




Alhamdulillah semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment