Wednesday 30 May 2012

Old Timer Choc Cake - favourite semua !

salam ukhwah dan salam perkenalan mama yani tujukan buat sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah..buat anak-anak di Malaysia, sekarang ni musim cuti sekolah..seronok ye..mama pun tumpang seronok juga...bila cuti je, selalu orang akan tanya nk pegi mana?nak buat apa cuti ni? plan nk ke mana? saya sendiri pun begitu juga..kalau di Malaysia, time cuti sekolah ni banyak kenduri orang kahwin, jadi boleh la makan nasi minyak ye..hehe..

Bagi saya sekeluarga pula, suami tak cuti macam cuti sekolah dan saya lah org yang bertanggungjawab mengatur rutin dan jadual anak-anak di rumah..kalau sahabat-sahabat tengok jadual yang ibu Lani buat itu, saya suka selitkan aktiviti memasak bersama anak-anak..kalau kita hantar kat kelas masakan,anak-anak pn akan diajar tuk masak kek/cookies/cuppies sebagai basic intro kepada bidang masak-memasak ni..so hari ni, saya nk kongsi 1 resepi choc cake..choc cake ni memang favourite kami sekeluarga, tambah2 anak sulung saya, adam memang suka choc cake..resepi ni saya dapat daripada bonda tercinta..sangat senang dan cepat..tiba-tiba kalau terasa nk makan, prepare bahan 10 minit, masak 10 minit ..dah boleh siap..hehehe..

Old Timer Choc Cake

Bah
1 3/4 cwn tepung naik sendiri
1 sk baking powder
1 sk bicarbonat soda
3/4 cwn cocoa powder

Cara-caranya;
  • Semua bahan A diayak dalam 1 mangkuk besar.
Bahan B;
2 biji telur
2 cwn brown sugar
1/2 cwn minyak
1 cwn susu cair
sedikit esen vanilla

1 cwn kopi panas - dimasukkan akhir sekali.

Cara-caranya;
  • Semua bahan B dicampurkan dalam 1 jug (saya pakai jug ikea warna putih)sbb senang nak tuang nanti.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A (dalam mangkuk tadi). Kacau sebati dan akhir sekali masukkan 1 cwn kopi panas tadi.
  • Masukkan adunan dalam mangkuk (saya pakai pyrex), jgn pakai loyang ye sbb saya x bakar kek ni tapi saya guna microwave..
  • Microwave yang 1000w, 10 minit shj..jgn lebih sbb nanti overcooked pl..

macammana? cepat x.. hehe..sambil tunggu kek masak 10 minit..buat topping pula..

Topping choc cake;

1/4 cwn cocoa powder
2 sb butter
3 sb susu pekat manis (klau suka manis, lebihkan)
2 sb susu cair (kalau pekat, tambahkan sikit lagi)

Cara-caranya;

  • Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga sebati.
  • Bila kek dah masak, boleh tuangkan atas kek dan hias...

Macam mana? senang x..masa hias tu boleh ajak anak2 tuk hias kek tu..mesti diorang suka kan..
Ini kek yang saya buat masa potluck kat sekolah, kemudian..malam tu saya buat sekali lagi untuk sambutan hari guru sekolah adam & amnaa..





ok, happy cooking !!



1 comment:

  1. Mmg sedap choc cake ni... bonda mama yani sgt perihatin orgnyer... waktu kami tgh bz kelas n program yg byk... dia akan bw choc cake ni... mgembirakan kami...

    ReplyDelete